PAK ENGKU SANGAT SAYANG YB KHALID IBRAHIM DAN DATO’ HARUN IDRIS

0 comments

PAK ENGKU SANGAT SAYANG YB KHALID IBRAHIM DAN DATO’ HARUN IDRIS

Pak Engku Raja Abd Karim bin Raja Ali seorang tua kerabat Diraja Selangor saban hari menelefon Tun Sheikh ajak berbual-bual dan berbincang tentang isu semasa. Minda beliau begitu cerdas kerana setiap hari membaca dan berfikir mengenai kebaikan dan kebajikan. Beliau melenting jika isu semasa sengaja diwujudkan  UMNO atau sesiapa yang mengaku Islam tetapi bercanggah dengan Al Quran dan Hadis. Beliau mengetahui bahawa isu-isu  yang dimainkan oleh orang politik terutamanya UMNOBN sengaja diada-adakan dan diheboh-heboh atau dipropagandakan untuk kepentingan parti. Beliau begitu marah kerana beliau sangat menyayangi setiap insan beragama Islam.  Bagi beliau UMNOBN adalah tentera syaitan kepada musuh manusia yang gaib dan agen Yahudi musuh Islam yang nyata yang khusus kepada manusia Melayu. 

 Berulangkali Pak Engku mengatakan bahawa UMNO dimasa ini ialah UMNO syaitan yang bertopengkan manusia Melayu. Beliau begitu berani mengatakan bahawa manusia Melayu UMNO terutama kumpuIan pemimpinnya adalah manusia syaitan kerana UMNOBN tidak sudah-sudah dan tidak berhenti mencipta pelbagai fitnah yang begitu jahat untuk merosakkan pemikiran dan akidah orang Melayu. UMNOBN kelihatan begitu jelas telah menggunakan kuasa politik dan kuasa wang bagi melemahkan minda orang Melayu. UMNO mendakwa diri mereka adalah pejuang Melayu, agama dan bangsa yang tulin dan orang Melayu diwajibkankan mengikut telunjuk mereka.  UMNO sangat yakin dengan kuasa politik dan kuasa wang yang dikuasai oleh mereka . 

 UMNO juga begitu sombong dan begitu yakin akan terus berjaya menguasai tampuk pemerintahan Negara. Mereka sangat yakin bahawa UMNO akan terus berkuasa membentuk jatidiri orang Melayu mengikut acuan falsafah pemikiran mereka. Mereka sungguh bangga dan sombong kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka berkuasa sudah begitu lama sehingga lebih 55 tahun. UMNO sedang mencipta rekod dunia berjaya memerintah begitu lama sebagai sebuah parti dalam system demokrasi moden. 

UMNO begitu sombong dan telah sangat lupa bahawa pada tahun 1951 UMNO telah berpecah kerana ada ahlinya yang terdiri dari orang Melayu juga yang sangat kuat berpegang kepada agama Islam tidak menyetujui dasar dan acuan yang mereka pakai ketika itu. Mereka telah keluar dan menubuhkan parti yang memperjuangkan agama Islam apabila mencium penyelewengan orang Melayu UMNO yang berkiblatkan kepada pemikiran skular Inggeris dan dunia barat. UMNO sudah lupa bahawa, kumpulan yang kuat berpegang dengan dasar Islam sudah begitu kuat dan berpengaruh ketika ini. Mereka ialah PAS yang begitu ketara dan jelas pegangan dan perjuangan mereka.

Pak Engku kadang-kadang tidak segan silu menangis kerana beliau mengaku seolah-olah  melihat hala tuju UMNO ketika ini adalah seperti gembala kambing yang menghalau gembalaannya ke jurang yang dalam. Di dalam jurang itu adalah fartamogana air. Tetapi sebenarnya adalah uap dari api yang panas. Pak Engku melihat UMNO sedang sesat dan menyesatkan. Apabila ditanya apakah beliau ada sebarang pengalaman sehingga melihat panorama sebegitu? Beliau berkata,  “ apa yang aku lihat ini bukanlah ilusi tetapi kenyataan atau reality yang tidak dilihat oleh orang-orang UMNO”.

 Pak Engku bercerita bahawa beliau memang berpengalaman luas kerana beliau terdedah dengan kerabat istana, pemimpin politik Melayu dan dekat dengan orang putih. Dari pegawai atasan sehinggalah pegawai bawahan dan termasuk keluarga mereka sekali. Ketika zaman muda belianya, beliau hidup dalam kemewahan yang diciptakan oleh British. Beliau dan keluarganya tidak berbahasa Melayu dalam rumahnya. Budaya Inggeris sangat dibangga-banggakan dan menjadi ukuran ketinggian taraf social yang dianggap berprestij . Beliau adalah anak jati Kuala Lumpur. Rumahnya besar dan tersergam indah  di Jalan Raja Laut tetapi apabila pembangunan mula digerakkan oleh orang Melayu yang mengaku  sebagai pejuang pembangunan, segalanya berakhir apabila beliau dan keluarga diarah pindah dan rumah pusaka dirobohkan untuk  memberi laluan pembangunan. 

Pak Engku mengaku bahawa beliau  sangat baik dan rapat dengan Dato’ Harun Idris dan keluarganya. Beliau tidak berminat menceburi politik seperti Dato’ Harun kerana keberadaan dan kekerabatannya, tetapi malang sungguh apabila panas yang disangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengah hari. Dato’ Harun Idris telah membantu beliau agar dapat meneruskan hidup dengan begitu jujur dan ikhlas. Bagi Pak Engku, Dato’ Harun memang terkenal dengan ketulusannya. Banyak harta warisannya digunakan untuk kepentingan aktiviti UMNO. Dato’ Harun Idris tidak mengambil kesempatan dengan kedudukanya yang agak berpengaruh dan tinggi dalam UMNO malah sehingga menjadi orang nombor satu iaitu Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris tidak bertambah kaya. Beliau berbelanja dengan apa yang ada dan tidak pernah berfikir untuk menerima rasuah dan mengambil komisyen mahupun keuntungan daripada pelbagai projek yang diamanahkan kepada dirinya.  

Pak Engku masih ingat ketika Dato’ Harun Idris terperangkap dalam skandal rasuah ketika mengadakan sukan Tinju Dunia Mohamad Ali di Kuala Lumpur. Sukan itu adalah hasil idea penyokong Dr Mahathir yang dicurigai oleh kepimpinan tertinggi Negara YM Tunku. Akhirnya telah memerangkap Dato’ Harun sehingga merengkok dalam penjara.  Bagi Pak Engku, Dr Mahathir adalah bapak syaitan Malaysia kerana bijak menipu rakyat terutamanya orang Melayu. Beliau pernah ingin memalukan Dr. Mahathir di dalam Majlis Diraja tetapi dihalang oleh Dato’ Harun Idris meskipun telah terbukti Dr. Mahathir telah menikam Dato’ Harun Idris dari belakang. Dr. Mahathir pernah diumpamakan oleh beliau dan Dato’ Harun seperti anjing atau buaya yang tersepit. Setelah ditolong, mereka yang menolong itu digigit oleh Dr. Mahathir.

Apabila ditanya adakah tokoh Melayu UMNO ketika ini seperti Dato’ Harun? Pak Engku cepat menjawab,  “sungguh berbeza seperti jauh panggang dari api.” Ini adalah kerana tiada tokoh yang memperjuangkan nasib Melayu dengan ikhlas dan jujur kecuali ada kepentingan diri dan mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang mungkar kerana menganggap diri bijak jika pandai mengambil kesempatan kerana peluang hanya sekali iaitu ketika sedang berpengaruh dan berkuasa. Amanah dan kejujuran telah diketepikan dan semuanya sanggup memakai topeng kemunafikan.

Walau bagaimanapun, Pak Engku sempat berpesan bahawa tokoh pemimpin yang jujur dan sangat amanah ada banyak dalam Pakatan Rakyat terutamanya dalam PAS dan PKR. Beliau berterus terang bahawa beliau mengenali dekat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan Pak Engku menganggap bahawa Tan Sri Khalid adalah seperti Dato’ Harun Idris. Ketokohan mereka sangat susah dicari dan mereka adalah satu dalam seribu. Pak Engku dengan tegas mengatakan, beliau sangat sayang kepada Tan Sri Khalid kerana kejujuran dan amanah yang diamalkannya sejak kecil.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Mahkota Parade Melaka 26.2.2013
 
Copyright 2009 Ajaran Hidup
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere