Bekas Pemimpin Tinggi ATM Dan PDRM Dalam Pakatan Rakyat Ada Cerita

0 comments


Bekas Pemimpin Tinggi ATM Dan PDRM Dalam Pakatan Rakyat Ada Cerita

Apabila Tun Sheikh melihat dan mendengar berita di TV3 PMajaib memperlekeh dan menuduh bekas pemimpin tinggi tentera dan polis yang menyertai Pakatan Rakyat adalah orang yang sangat dikenalinya dan menuduh mereka adalah orang yang kecewa dan desperador kerana tidak diberikan projek dan kontrek, Tun Sheikh berusaha menghubungi mereka melalui sepupu dan bapa saudara sepupu bekas  pegawai tinggi tentera dan polis. Kebetulan mereka yang Tun Sheikh kenali  ada hubugan persaudaraan sama ada melalui darah keturunan atau ikatan perkahwinan. Tetapi dari pengalaman Tun Sheikh  sebelum ini, mereka memang payah dihubungi lebih-lebih lagi jika hendak diajak bersembang meskipun setelah mereka bersara. Jika dibanding ketika mereka sedang berkhidmat dahulu, mereka lebih kurang seperti golongan pengamal perundangan iaitu kumpulan para peguam dan hakim yang mempunyai dunia social tersendiri dan terasing dengan kelompok lain. Mereka jadi begitu adalah kerana sumpah dan etika dan kerahsiaan tentera . Mereka memang serupa seperti kelompok pengamal perundangan yang dikawal oleh etika profesional mereka agar aktiviti sosial mereka tidak mempengaruhi keputusan atau mempengaruhi sebarang tindakan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.

Anggota angkatan bersenjata pelbagai pangkat yang telah bersara sering diperingatkan oleh pertubuhan mereka agar mengawal diri daripada banyak aktif dalam masyarakat kerana dikhuatiri kerahsiaan persenjataan dan sebarang perkara  yang berkaitan dengannya diketahui umum atau musuh. Memang agak susah juga jika kita hendak bertemu dengan mereka. Jika pada musim hari raya, kebanyakannya kitalah yang menziarahi mereka dan jika kita tidak faham dengan amalan etika mereka tentunya kita berasa kita tidak dilayan sebagai tetamu atau dilayan dengan ikhlas. Tingkah mereka begitu hambar dan tidak pernah mereka membuka cerita tentang ketenteraan sama ada latihan, strateji mahupun persenjataan.

Dalam banyak saudara mahupun kenalan yang Tun Sheikh ketahui, mereka ini boleh digolongkan kepada 2 kelompok atau golongan. Pertama adalah kumpulan yang aktif menjalankan perniagaan atau menyambung pekerjaan setelah persaraan dan kedua yang pasif dirumah tetapi banyak menghabiskan waktu mereka dengan kerja-kerja amal dan sukarela tanpa mengharap upah dalam persatuan atau aktiviti surau dan masjid berhampiran kediaman mereka. Selain itu, Tun Sheikh juga boleh membahagikan mereka kepada 2 kumpulan berdasarkan lokasi negeri kediaman. Pertama, tidak semua tetapi pada kebiasaannya,  yang berasal dari sebelah Johor dan Pahang (dalam hal ini apa yang Tun Sheikh maksudkan adalah terhad kepada saudara mara dan kenalan yang yang dikenali), mereka kebanyakan lebih cenderung beramal atau mengabdikan diri disurau-surau dan masjid. Manakala kumpulan kedua ialah yang terus aktif sama ada mengurus perniagaan atau menyambung membuat perkerjaan bergaji.

Cerita yang Tun Sheikh garap ialah keengganan atau kecenderungan bekas pegawai tinggi tentera atau angkatan bersenjata ini aktif berniaga atau menyambung kerja setelah bersara adalah kerana pembawaan diri mereka sendiri yang berasa telah puas  dan cukup dengan apa  yang telah mereka sumbang . Mereka cenderung beramal dan bersosial secara bebas tanpa mengharap bayaran kerana pencen atau kewangan mereka mencukupi dan kukuh. Mereka suka membuat kerja-kerja amal sebagai bekal hari tua lebih-lebih lagi budaya lagho atau kelalaian ketika muda dalam ketenteraan memang menjadi budaya kerja yang biasa. Jika mereka datang dari keluarga agama atau keluarga Melayu biasa, hal beramal dan menghabiskan sisa-sisa usia di surau dan masjid adalah ketara.

Satu lagi kumpulan ialah yang gairah bekerja sama ada berniaga atau terlibat dengan pekerjaan lain. Biasanya mereka dipengaruhi oleh latar belakang status keluarga dan keperluan atau nostalgia kuasa ketika berada dalam angkatan bersenjata. Mereka berasakan berterusan aktif bekerja atau menguruskan perniagaan adalah keperluan. Kumpulan ini sering telah menyiapkan diri dengan pelbagai usaha dan perancangan sebelum bersara lagi. Dengan kuasa yang mereka ada, mereka berupaya melobi pelbagai aktiviti perniagaan yang pada kebiasaannya berkaitan dengan ketenteraan. Mereka sering diberi peluang dan diberi galakan malah mereka juga bersiap sedia dan sanggup menjadi proksi segala bidang yang memberi keuntungan kepada diri dan syarikat mereka. Di sinilah bermula ceritanya dan adalah tidak ganjil atau mustahil mereka berserta kegiatan mereka diketahui oleh pihak atasan seperti menteri pertahanan dan tokoh-tokoh politik. Di sinilah juga para pegawai tinggi yang tidak berminat dengan perniagaan seperti itu ada cerita.

Pada kebiasaannya, para pegawai tinggi ini terpaksa menguruskan maklumat rahsia kerana prosidur dan etika ketenteraan dan persenjataan. Pada waktu yang sama mereka terpaksa bersyubahat terhadap segala urusan dan urusniaga. Mereka terlibat secara langsung dan mengetahui selok-belok dan pergerakan serta proses pembayaran dan kewangan. Mereka terdedah kepada urusniaga yang mengikut prosidur kewangan dan peraturan dan juga kepada segala urusniaga yang mengamalkan penyelewengan. Rasuah dan penyelewengan dalam angkatan bersenjata pada kebiasaannya adalah selamat dan terkawal dari diketahui oleh orang awam kerana etika dan sumpah kerahsian ketenteraan itu sendiri.

 Kepada tokoh dan pegawai tinggi yang baik dan beretika ini semua menjadikan mereka tensyen dan dalam dilemma. Kepada kumpulan yang gairah dan berpentingan, penyelewengan dalam kawalan keselamatan ini adalah amat membahgiakan mereka kerana turut mendapat habuannya. Apabila telah melampaui batas sehingga merugikan rakyat dan Negara malah sehingga ada nyawa yang melayang, maka pegawai tinggi yang baik ini tidak sanggup lagi memikul beban dan dosa dan bersyubahat dengan budaya rasuah dan penyelewengan yang membudaya  dalam angkatan bersenjata. Setelah bersara mereka berasa terpanggil dan telah keluar menyertai Pakatan Rakyat bersama-sama berjuang menentang rasuah dan penyelewengan. Itulah cerita sebenarnya. Sehubungan itu kita mesti menyokong yang mana? Kerajaan AMNOBN yang perasuah atau para pejuang penentang penyelewengan?

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kem Majidee JB 30.3.2013
 
Copyright 2009 Ajaran Hidup
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere