Pandangan dan Pengalaman Dengan Suku Bangsa Cina

0 comments


Pandangan dan Pengalaman Dengan Suku Bangsa Cina

Usia Tun Sheikh kini telah lebih separuh abad. Tun Sheikh bersekolah aliran Inggeris di Muar Johor. Sejarah persekolahan Tun Sheikh tidak banyak tetapi tempoh masanya boleh dikatakan panjang. Dari darjah satu sampai enam di sekolah rendah yang sama dan dari tingkatan satu sampai enam juga di sekolah menengah terkenal yang sama. Di universiti Indonesia empat setengah tahun. Selepas alam persekolahan atau pembelajaran beralih pula di alam pekerjaan dan berpengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan pangkat dan masyarakat. Dari budak pejabat yang kini dikenali sebagai pembantu operasi sehingga pengarah-pengarah, ketua pengarah, pangkat pegawai tinggi jusa , dato-dato’ dan tan sri serta juga kerabat diraja.  

Pendek kata,  dalam tempoh semenjak usia kanank-kanak sehinggalah sekarang Tun Sheikh berpengalaman luas begaul dengan pelbagai bangsa dan suku nusantara termasuk Cina dan India Malaysia. Dengan bangsa Cina dan India ini bermula sejak sebelum bersekolah sebab jiran Tun Sheikh di kampong ialah Cina dan India. Apabila di sekolah rendah sampai ke tingkatan enam, campuran dengan pelajar Cina dan India adalah seharian dan biasa. Apabila ke university bercampur pula dengan pelajar pelbagai etnik nusantara yang mempunyai pelbagai kelainan budaya adat resam. Dalam tulisan ini Tun Sheikh ingin memfokus pengalaman Tun Sheikh bergaul dengan sahabat dan kenalan bangsa Cina.

Dalam keluarga Tun Sheikh pula, bangsa Cina masuk Melayu juga biasa. Dalam darah Tun Sheikh sendiri ada darah Cina kerana datuk Tun Sheikh sebelah emak ialah Cina Baba Melaka. Cina Baba Melaka ini adalah bangsa Cina asli tetapi berpakaian dan bercakap Melayu sejak turun temurun. Dalam catatan sejarah Melayu budaya Cina Baba ini ialah ketika Sultan Melaka berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh puteri Maharaja Negeri Cina. Dalam sejarah Melayu Nusantara pula bangsa Cina peranakan ini telah ada sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi.     

Bangsa Cina memang unik. Letak di mana sahaja mereka boleh hidup. Daya ikhtiar mereka sangat tinggi.  Sejarah dan kebudayaan mereka adalah diantara tertua di dunia. Penduduknya ratusan juta. Sistem pencarian kehidupan mereka pelbagai.   Terdapat banyak yang positif dan begitu juga sebaliknya. Orang luar menilai mengikut kecenderungan masing-masing. Pada hakikatnya jika mereka dianggap musuh atau dicemburui maka segala yang negative dan busuk akan diuar-uarkan. Kadang-kadang maklumat negative yang disuapkan menjadi mitos yang diyakini. Orang Barat terutama Inggeris menganggap orang Cina adalah seperti tikus. Boleh hidup di mana-mana meskipun di tempat yang gelap dan kotor. 
Di Malaysia sebelum merdeka khususnya di awal abad ke 19 mereka dianggap sebagai buruh yang rajin dan setia. Setia kepada Inggeris yang kekurangan tenaga pekerja tetapi melihat berkoyan harta karun Tanah Melayu yang tidak diusahakan .Buruh Cina dipergunakan dengan membawa masuk berpuluh ribu dari negeri Cina. Selepas Perang Dunia II, perjuangan kemerdekaan semarak di seluruh dunia. Kemerdekaan sesebuah negara adalah mengikut kefahaman politik pejuang kemerdekaan. Di Cina, fahaman komunis mendapat pengaruh yang meluas. Hal ini bertentangan dengan dunia Barat yang cenderung kepada pemerintahan demokrasi  dan ekonomi kapitalis. Berikutan daripada itu ramai yang enggan pulang dan menuntut perlindungan daripada British. British mengambil jalan mudah dengan membenaran tinggal menetap di tanah-tanah jajahan mereka. Akibatnya negara seperti Tanah Melayu menjadi tempat lambakan mereka. Orang Cina memang tidak setia kepada raja tempatan kecuali kepada British. Mereka juga dipergunakan sebagai proksi British  bagi meneruskan aktiviti ekonomi mereka di tanah jajahan apabila Bristih terpaksa keluar setelah memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri tanah jajahannya.

 Di Malaysia, sejarah mencatat bahawa orang Cina ini menuntut hak  yang tidak layak kepada mereka selaku pendatang. Tekanan British dan toleransi bangsa Melayu membuka pintu yang luas menyebabkan mereka mendapat keistimewaan menjadi warganegara dengan beberapa syarat  yang begitu ringan. Mereka diberi kewargaan dengan hanya mengakui ketuanan Melayu dan hormat kepada sultan dan raja-raja Melayu. Tiada masalah berlaku dalam politik pada generasi pertama dan kedua tetapi setelah 60 tahun merdeka masalah pengaruh kuasa politik mula menonjol kerana genarasi warganegara Malaysia yang berasal dari keturunan pendatang tidak memahami perjanjian social dan tekanan British ketika zaman menuntut kemerdekaan. Ketika ini mereka menganggap berhak secara perundangan untuk menjadi pemimpin negara Malaysia samada menteri mahupun  Perdana Menteri. Mereka amat maklum mereka tidak boleh menjadi raja dan sehubungan itu tidak mustahil institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan apabila mereka berkuasa. 

Pada pandangan Tun Sheikh, bangsa Cina Malaysia sangat selesa sejak mula kedatangan nenek moyang mereka di era British. Politik Melayu pula mengakui peranan perekonomian negara yang dikuasai oleh bangsa Cina sehingga terpaksa melakukan  banyak pengorbanan social dan kebudayaan. Dari segi perundangan memamg mereka berhak tetapi sampai bila perundangan ini terkawal? Perundangan memang boleh berubah dan sejarah telah membuktikan bahawa kuasa politik Melayu acapkali akur dengan tuntutan bukan Melayu. Melayu kelihatan kearah kehilangan kuasa apabila tidak bijak menguatkan kuasa dan mencipta kuasa perundangan seperti kekebalan ketika berkuasa. Ketika ini Melayu sebenarnya seperti kehilangan hak istimewa sedikit demi sedikit kerana budaya rasuah berleluasa. Kehidupan moden sangat bersandar kepada ekonomi tetapi ekonomi tidak dikuasai Bumiputera. Akhirnya bangsa Melayu akan merempat di tanahair sendiri. Hanya yang kaya seperti keturunan pemimpin Melayu pada hari yang bertahan kerana mereka telah mengukuhkan ekonomi keluarga yang dilakukan secara halal mahu pun haram. Rakyat biasa akan mengapai-ngapai……      

Oleh Tun Sheikh
Kota Melaka 15.2.2015
 
Copyright 2009 Ajaran Hidup
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere