Pandangan
dan Pengalaman Dengan Suku Bangsa Cina
Usia Tun Sheikh
kini telah lebih separuh abad. Tun Sheikh bersekolah aliran Inggeris di Muar
Johor. Sejarah persekolahan Tun Sheikh tidak banyak tetapi tempoh masanya boleh
dikatakan panjang. Dari darjah satu sampai enam di sekolah rendah yang sama dan
dari tingkatan satu sampai enam juga di sekolah menengah terkenal yang sama. Di
universiti Indonesia empat setengah tahun. Selepas alam persekolahan atau
pembelajaran beralih pula di alam pekerjaan dan berpengalaman bergaul dengan
pelbagai lapisan pangkat dan masyarakat. Dari budak pejabat yang kini dikenali
sebagai pembantu operasi sehingga pengarah-pengarah, ketua pengarah, pangkat
pegawai tinggi jusa , dato-dato’ dan tan sri serta juga kerabat diraja.
Pendek kata, dalam tempoh semenjak usia kanank-kanak
sehinggalah sekarang Tun Sheikh berpengalaman luas begaul dengan pelbagai
bangsa dan suku nusantara termasuk Cina dan India Malaysia. Dengan bangsa Cina
dan India ini bermula sejak sebelum bersekolah sebab jiran Tun Sheikh di
kampong ialah Cina dan India. Apabila di sekolah rendah sampai ke tingkatan
enam, campuran dengan pelajar Cina dan India adalah seharian dan biasa. Apabila
ke university bercampur pula dengan pelajar pelbagai etnik nusantara yang mempunyai
pelbagai kelainan budaya adat resam. Dalam tulisan ini Tun Sheikh ingin
memfokus pengalaman Tun Sheikh bergaul dengan sahabat dan kenalan bangsa Cina.
Dalam keluarga
Tun Sheikh pula, bangsa Cina masuk Melayu juga biasa. Dalam darah Tun Sheikh
sendiri ada darah Cina kerana datuk Tun Sheikh sebelah emak ialah Cina Baba
Melaka. Cina Baba Melaka ini adalah bangsa Cina asli tetapi berpakaian dan
bercakap Melayu sejak turun temurun. Dalam catatan sejarah Melayu budaya Cina
Baba ini ialah ketika Sultan Melaka berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh puteri
Maharaja Negeri Cina. Dalam sejarah Melayu Nusantara pula bangsa Cina peranakan
ini telah ada sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi.
Bangsa Cina
memang unik. Letak di mana sahaja mereka boleh hidup. Daya ikhtiar mereka
sangat tinggi. Sejarah dan kebudayaan
mereka adalah diantara tertua di dunia. Penduduknya ratusan juta. Sistem
pencarian kehidupan mereka pelbagai.
Terdapat banyak yang positif dan begitu juga sebaliknya. Orang luar
menilai mengikut kecenderungan masing-masing. Pada hakikatnya jika mereka
dianggap musuh atau dicemburui maka segala yang negative dan busuk akan
diuar-uarkan. Kadang-kadang maklumat negative yang disuapkan menjadi mitos yang
diyakini. Orang Barat terutama Inggeris menganggap orang Cina adalah seperti
tikus. Boleh hidup di mana-mana meskipun di tempat yang gelap dan kotor.
Di Malaysia
sebelum merdeka khususnya di awal abad ke 19 mereka dianggap sebagai buruh yang
rajin dan setia. Setia kepada Inggeris yang kekurangan tenaga pekerja tetapi
melihat berkoyan harta karun Tanah Melayu yang tidak diusahakan .Buruh Cina
dipergunakan dengan membawa masuk berpuluh ribu dari negeri Cina. Selepas
Perang Dunia II, perjuangan kemerdekaan semarak di seluruh dunia. Kemerdekaan
sesebuah negara adalah mengikut kefahaman politik pejuang kemerdekaan. Di Cina,
fahaman komunis mendapat pengaruh yang meluas. Hal ini bertentangan dengan
dunia Barat yang cenderung kepada pemerintahan demokrasi dan ekonomi kapitalis. Berikutan daripada itu
ramai yang enggan pulang dan menuntut perlindungan daripada British. British
mengambil jalan mudah dengan membenaran tinggal menetap di tanah-tanah jajahan
mereka. Akibatnya negara seperti Tanah Melayu menjadi tempat lambakan mereka.
Orang Cina memang tidak setia kepada raja tempatan kecuali kepada British.
Mereka juga dipergunakan sebagai proksi British
bagi meneruskan aktiviti ekonomi mereka di tanah jajahan apabila Bristih
terpaksa keluar setelah memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri tanah
jajahannya.
Di Malaysia, sejarah mencatat bahawa orang
Cina ini menuntut hak yang tidak layak
kepada mereka selaku pendatang. Tekanan British dan toleransi bangsa Melayu
membuka pintu yang luas menyebabkan mereka mendapat keistimewaan menjadi
warganegara dengan beberapa syarat yang
begitu ringan. Mereka diberi kewargaan dengan hanya mengakui ketuanan Melayu
dan hormat kepada sultan dan raja-raja Melayu. Tiada masalah berlaku dalam
politik pada generasi pertama dan kedua tetapi setelah 60 tahun merdeka masalah
pengaruh kuasa politik mula menonjol kerana genarasi warganegara Malaysia yang
berasal dari keturunan pendatang tidak memahami perjanjian social dan tekanan
British ketika zaman menuntut kemerdekaan. Ketika ini mereka menganggap berhak secara
perundangan untuk menjadi pemimpin negara Malaysia samada menteri mahupun Perdana Menteri. Mereka amat maklum mereka
tidak boleh menjadi raja dan sehubungan itu tidak mustahil institusi raja-raja
Melayu akan dihapuskan apabila mereka berkuasa.
Pada pandangan
Tun Sheikh, bangsa Cina Malaysia sangat selesa sejak mula kedatangan nenek
moyang mereka di era British. Politik Melayu pula mengakui peranan perekonomian
negara yang dikuasai oleh bangsa Cina sehingga terpaksa melakukan banyak pengorbanan social dan kebudayaan.
Dari segi perundangan memamg mereka berhak tetapi sampai bila perundangan ini
terkawal? Perundangan memang boleh berubah dan sejarah telah membuktikan bahawa
kuasa politik Melayu acapkali akur dengan tuntutan bukan Melayu. Melayu
kelihatan kearah kehilangan kuasa apabila tidak bijak menguatkan kuasa dan
mencipta kuasa perundangan seperti kekebalan ketika berkuasa. Ketika ini Melayu
sebenarnya seperti kehilangan hak istimewa sedikit demi sedikit kerana budaya
rasuah berleluasa. Kehidupan moden sangat bersandar kepada ekonomi tetapi
ekonomi tidak dikuasai Bumiputera. Akhirnya bangsa Melayu akan merempat di
tanahair sendiri. Hanya yang kaya seperti keturunan pemimpin Melayu pada hari
yang bertahan kerana mereka telah mengukuhkan ekonomi keluarga yang dilakukan secara
halal mahu pun haram. Rakyat biasa akan mengapai-ngapai……
Oleh Tun Sheikh
Kota
Melaka 15.2.2015
0 comments:
Post a Comment