KECELUPARAN MCA: ORANG KUDUNG PUN DAPAT KAKI
Ketika MCA berpakat menyerang
Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam persidangannya dan seterusnya berpanjangan
selama sebulan di bulan lepas, Tun Sheikh berasa seolah-olah hari-hari yang
dilalui itu memaksa tubuh Tun Sheikh melompat-lompat seperti dalam aksi
berpencak-silat. Ini adalah bahana deringan telefon yang diterima dari sahabat
handai saban hari minta Tun Sheikh menulis sesuatu atau mengemukakan sesuatu
bantahan dengan cara apa sekalipun kepada MCA, BN dan UMNO.
Banyak kali Tun Sheikh
mengingatkan mereka agar bersabar dan Tun Sheikh sendiri terpaksa menyabarkan
diri kerana mengetahui itu adalah provokasi dari BN yang ditugaskan kepada MCA.
Mereka mencari pasal dan tindakan perundangan tidak akan dikenakan kerana
mereka berkuasa mengarahkan pembekuan tindakan dan hal ini semua orang tahu.
Apa yang sangat menggusarkan Tun Sheikh ialah wanita hingusan MCA berani
membuat fitnah menggempak dasar Islam PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau disokong oleh presidennya yang
terkenal dengan menyimpan perempuan simpanan yang kelihatannya telah menjadi
halal atau boleh diterima oleh masyarakat BN ketika ini kerana itu adalah
kebiasaan yang dilakukan oleh orang Cina. Betul atau tidak, tidaklah Tun Sheikh pasti , tetapi yang nyata
Chua Bergolek terpilih dan diterima menjadi presiden MCA walaupun akhlaknya
telah tercemar dengan perzinaan.
Daripada beberapa maklumat yang
Tun Sheikh dapat bahawa, mereka diarah
untuk mencipta isu yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat marah dan kalau boleh
biar orang Melayu atau rakyat menjadi marah sehingga UMNO atau kerajaan boleh
bertindak menjadi hero mengumumkan darurat jika perlu demi keharmonian dan
keselamatan Negara. Jika difikir secara singkat, tindakan itu memang wajar
kerana kepentingan keamanan Negara. Tetapi
bagi mereka yang mengamalkan nilai jati diri terpuji dalam diri, dapat
merasa dan mengesan bahawa itu semua adalah agenda dan muslihat penjahat dan
penipu bagi mengekalkan pengaruh dan kuasa.
Apa yang ingin Tun Sheikh
perkatakan di sini ialah semangat Tun Sheikh begitu membara tetapi
alhamdullillah kewajaran akal fikiran dan sedikit iman dan kesabaran dapat
menenangkan Tun Sheikh. Lagi pun kita telah dididik dengan adab taat dan hormat
kepada ulamak dan para musyid. Mereka begitu tenang melihat keadaan dan
mengikuti perkembangan politik semasa dan mereka arif membedakan antara jahil,
kejahatan, angkara syaitan mahupun Yahudi atau pendeknya mereka mengenal
bilakah perlu megumumkan kita perlu keluar berjihad mempertahan agama.
Kemuncaknya
tentu berani mati shahid terpimpin yang
mendapat keredhoan Allah Swt. Kalau mengikut kecurangan UMNO yang berkuasa dan memegang tampuk kerajaan
memang telah banyak kali UMNO melatah dan bersubahat membuat provokasi tetapi
alhamdullillah kerana di Negara kita masih ramai alim ulama bertaraf wali yang
begitu tenang dan melihat UMNO bukanlah musuh Allah yang perlu disembelih
mengikut ciri-ciri jihad fisabilillah yang dituntut.
Para-para ulamak dan kekasih Allah ini
sebenarnya terus memerhati. Mereka bersikap netral dan begitu tenang kerana
begitu arif dengan qadaq dan qadar Allah Swt. Bayangkanlah jika mereka pernah
melarang berdoa supaya di Thailand Selatan menjadi aman kerana jika aman
bererti Allah menutup pintu jihad dan syurga mudah bagi yang sanggup shahid di
sana. Fikir-firkanlah. Bagi mereka, UMNO
ialah sebuah entity atau budak-budak
pemain bola bersama para syaitan. Permainan itu memang seronok dan para
syaitan begitu sombong dan ujub membuli budak-budak manusia UMNO ini.
Secara kerohanian dan firasat, sebenarnya UMNO akan ditinggalkan oleh
sekutunya kerana mereka juga tidak bersetuju pengkhianatan yang diamalkan oleh
UMNO. Nilai kemanusiaan dan nilai kebudayaan manusia sejagat setiap hari
merosot kerana UMNO lalai dengan roh dirinya sendiri. MCA difirasat sentiasa
berkelakuan nakal yang disengajakan kerana sudah tidak sanggup menjadi pak turut
UMNO tetapi kaki mereka dirantai. MCA sentiasa bijak mencari peluang
kepentingan diri supaya dapat apa yang dihajati dan terpelihara dari dituduh
belot oleh UMNO.
Marilah sama-sama kita tingkatkan
iman kita kerana hidup ketika ini adalah pakej nyawa dan usia kita. Bagaimana
kita redha dan beramal atau membudayakan hidup seharian inilah yang dikira atau
dihisab oleh Allah Swt. Tun Sheikh sangat kagum dengan sahabat Tun Sheikh yang
telah kudung. Setiap hari beliau menghubungi Tun Sheikh mengingatkan bahawa
jika Melayu atau orang Islam di Negara ini terpengaruh atau takut dengan
kekuasaan UMNO maka syaitan akan berjaya menyesatkan mereka. Pak Engku malah mengajak
Tun Sheikh berjumpa bertukar-tukar pendapat. Bayangkanlah dalam keadaan dia
telah berusia lanjut dan kudung kaki sebelah, dia sanggup keluar rumah. Dia berkata " sesiapa yang coba
memfitnah insan yang mencintai Allah seperti Tuan Guru Nik Aziz, aku sanggup
menggadai nyawa mempertahankannya kerana aku tahu aku tidak sehebat Nik
Aziz tetapi aku nampak pengorbanan dan teladan yang ditunjuki oleh Nik Aziz
adalah satu dalam 100 ribu dalam dunia".
Pak Engku mengajak semua orang
Islam di Negara ini bersyukur dan bermohonlah semoga Allah memperlihatkan
rahmatNya yang diberikan melalui Nik Aziz untuk orang Melayu khasnya. Bagi Tun
Sheikh, Pak Engku bukan berpura-pura atau berlakon sahaja tetapi beliau
benar-benar bersemangat. Usianya yang sudah lanjut ke 85 tahun tidak menghalang
beliau membuktikan bahawa seolah-olah
kakinya masih tetap ada. Bagi Tun Sheikh, Pak Engku diumpamakan seperti
sikudung yang beriman dan semangat jihadnya adalah begitu kuat dan hebat
seperti memiliki kaki.
Jadi, harap-harap
UMNO dapat petunjuk dan tidak terus tenggelam dengan kenikmatan hasil haram.
Ingatlah bahawa roh agama itu milik
Allah yang berupaya dan berkuasa mengadakan yang tiada menjadi ada. Yang
jelas, sesiapa yang terputus dengan tali Allah kerana melakukan hal-hal yang
dilarangNYA maka tidak disangsikan lagi tempatnya adalah neraka.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 20.11.2012
0 comments:
Post a Comment