PILIHANRAYA YANG MENYESATKAN ATAU SESAT KERANA PILIHANRAYA?
Semakin hari semakin ligat kerajaan
AmnoBN mempromosi pelbagai isu yang sekali didengar sahaja akan menggambarkan
parti lawan adalah parti yang tidak berguna, merbahaya , buruk atau jahat.
Tindakan dan usaha memburuk-burukkan parti lawan ini bertambah ligat dan
proaktif serta berserabut dengan
provokasi jahat dan fakta-fakta palsu, fitnah dan pembohongan yang telah
menjadi budaya mereka tanpa menghiraukan hukum-hakamnya lagi . Keadaan ini adalah selari dengan
dekatnya hari akan mengadakan pilihanraya. Mereka terus mencoba mengeluarkan
isu-isu yang sensitif dan melihat tindakbalas rakyat. Tujuan dan objektif
mereka hanya satu iaitu mempengaruhi rakyat agar mengundi mereka dan berpaling
dari pihak lawan mereka. Mereka menonjolkan isu dengan cara trials
and error.
Jika isu pertama tidak berjaya
menaikkan kemarahan atau mempengaruhi fikiran rakyat, maka isu seterusnya
dikeluarkan. Mereka sering terjerat dengan tipu helah sendiri jika rakyat membuka mata dan berfikir dengan
akal yang tenang dan terbuka. Isu penggunaan kalimah Allah contohnya,
sebenarnya telah ditutup kerana telah dibicarakan dalam mahkamah tetapi kerana
isu itu sensitif kepada orang Melayu khasnya dan penganut Islam maka isu itu
ditonjolkan lagi. Sebenarnya AmnoBN boleh disaman kerana keputusan mahkamah
telah muktamad dan tidak perlu diulang-ulang.
Percubaaan mereka memerangkap rakyat yang
cenderong memihak parti lawan dengan isu Presiden BJ Habibie Indonesia tidak
menjadi apabila buah dan hasil propaganda mereka bertambah menguntungkan Pakatan
Rakyat. Begitu juga dengan isu Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah
memperlihatkan mereka adalah golongan yang bacul dan buta agama kerana perkara
itu telah lama selesai. Isu kafir
mengkafir dalam kertas siasatan pada tahun berlaku (1981) melaporkan itu
terjadi bukan dari pertuduhan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tetapi dari
kefahaman pengikut dan juga lawan yang begitu fanatik. AmnoBN pula terus
menunjukkan kebodohan dengan terus mendakwa PAS yang memulakan atau
memfatwakannya. Pada hal Tuan Guru dan para ulamak hanya membentangkan ciri-cirinya sahaja tetapi AmnoBn cepat merasa sehingga seperti
perumpaan atau simpulan bahasa Melayu, “Siapa
yang makan lada, dialah merasa pedasnya”.
Tun Sheikh pernah ditegur oleh
kenalan dan pembaca blog Tun Sheikh yang tidak suka Tun Sheikh terlalu fokus
kepada isu-isu politik sehingga ada yang marah-marah. Ada yang berterus terang
mengaku mereka adalah pengikut AmnoBn dari dulu, sekarang dan selama-lamanya
yang tidak suka Tun Sheikh menulis tentang politik kerana penulisan Tun Sheikh
dianggap berat sebelah atau bias kepada pihak pembangkang. Tun Sheikh
mengalu-alukan segala komen lebih-lebih lagi melalui e-mel atau sms kerana
objektif Tun Sheikh adalah untuk menyampaikan kebenaran mengikut lunas syariat
Islam sedapat-dapatnya dengan sedikit pengetahuan yang Tun Sheikh ada atau
tiada pengetahuan langsung tetapi yakin memanjangkan hujah-hujah yang bernas
mengikut pandangan ulamak tersohor atau
ijmak ulamak yang tidak perlu kita sangsikan lagi.
Kepada para pembaca sekalian
termasuklah yang bias dan taksub kepada AmnoBN dan sebagainya, Tun Sheikh suka mengajak agar
mengikut nasihat Tun Sheikh yang memberi peringatan kepada diri sendiri dan
juga kepada para pembaca agar ambilah Al Quran dan As sunah itu sebagai sumber
utama . Wajibkan diri kita membaca dan berusaha membacanya sehingga tamat. Membaca
hendaklah dengan kefahaman.
Persoalannya, jika kita tidak
faham bahasa Arab jangan membuang masa coba sedaya upaya mengaji Quran dalam
bahasa Arab dan coba memahaminya. Usia kita adalah sangat singkat dan fitnah
dunia adalah seluas lautan malah tidak akan sampai kefahaman jika kita
menafikan kebijaksanaan Allah yang meliputi segala sesuatu. Allah Maha
Mengetahui dan pengetahuan Allah tiada bertepi dan tiada perumpamaan atau
sekutu dengan segala sesuatu.
Bahasa mudah, Allah sangat mengenali kita dan
faham pelbagai bahasa jua. Jadi jika kita tidak faham bahasa Arab ambillah
terjemahan bahasa Melayu sebagai usaha utama kita. Kalau anda fasih berbahasa
Arab, Alhamdulillah dan sukalah Tun Sheikh bertanya lagi iaitu semasa anda
tidur anda tentu merasai nikmat mimpi. Dalam bahasa apakah yang anda pakai
ketika dalam mimpi itu? Jika anda fasih dengan pelbagai bahasa tetapi dalam
mimpi anda ialah berbahasa Melayu maka domain kefahaman kerohanian dan zahir
anda adalah bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu berusaha membaca Al
Quran dan As Sunah dalam terjemahan bahasa Melayu. Insyaallah kefahaman dan pengertian
kepada ayat-ayatNYA akan lebih bermakna dan mendalam berbanding dengan bahasa
asing lain yang dikuasai anda. Lainlah halnya jika setiap kali bermimpi dalam
tidur dan bertutur kata bukan dalam bahasa Melayu tetapi terdapat unsur-unsur
penterjemahan dalam akal fikiran. Maksudnya jika anda hendak bercakap dalam
bahasa Melayu, dalam akal dan fikiran anda terpaksa menterjemahkannya. Ingatan
anda memang berfikir dalam bahasa asing.
Setelah anda khatam terjemahan Al
Quran dan Hadis terjemahan terutamanya Shahih Bukhari dan Muslim insyaallah,
anda akan dapat membedakan sesuatu perkara secara naluri sama ada isu atau
perkara itu yang hak atau bathil di sisi Allah. Jadi jika anda telah biasa dan
beramal dengan kitab petunjuk yang Tuhan janjikan ini, maka dengan mudah anda akan dapat mengenali
syaitan manusia atau syaitan yang dikenali sama ada dari kalangan AmnoBn, PAS,
DAP, PKR atau sesiap saja. Roh adalah saling mengenali sesama roh.
Masalah masyarakat kita pada hari
ini adalah bercakap dan berbincang atau berhujah pada sumber yang berlainan.
Mengaku saja seagama tetapi tidak berlapang dada menggunakan sumber Al Quran
dan Hadis sebagai sumber utama. Maka jadilah apa yang dilihat pada hari ini.
Sama Melayu, sama agama tetapi kerana sesat dengan pengaruh kuasa dan kuasa
wang, diri menjadi angkuh, sombong dan ego serta yakin duduk pada kebenaran
pada hal jika dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis, tanda-tanda munafik, sesat,
kufur tidak mustahil sangat menonjol.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 9.1.2013
0 comments:
Post a Comment