PAK ENGKU SANGAT SAYANG YB KHALID IBRAHIM DAN DATO’ HARUN IDRIS
Pak Engku Raja Abd Karim bin Raja
Ali seorang tua kerabat Diraja Selangor saban hari menelefon Tun Sheikh ajak
berbual-bual dan berbincang tentang isu semasa. Minda beliau begitu cerdas
kerana setiap hari membaca dan berfikir mengenai kebaikan dan kebajikan. Beliau
melenting jika isu semasa sengaja diwujudkan UMNO atau sesiapa yang mengaku Islam tetapi bercanggah
dengan Al Quran dan Hadis. Beliau mengetahui bahawa isu-isu yang dimainkan oleh orang politik terutamanya
UMNOBN sengaja diada-adakan dan diheboh-heboh atau dipropagandakan untuk
kepentingan parti. Beliau begitu marah kerana beliau sangat menyayangi setiap insan
beragama Islam. Bagi beliau UMNOBN
adalah tentera syaitan kepada musuh manusia yang gaib dan agen Yahudi musuh
Islam yang nyata yang khusus kepada manusia Melayu.
Berulangkali Pak Engku mengatakan bahawa UMNO
dimasa ini ialah UMNO syaitan yang bertopengkan manusia Melayu. Beliau begitu
berani mengatakan bahawa manusia Melayu UMNO terutama kumpuIan pemimpinnya
adalah manusia syaitan kerana UMNOBN tidak sudah-sudah dan tidak berhenti
mencipta pelbagai fitnah yang begitu jahat untuk merosakkan pemikiran dan
akidah orang Melayu. UMNOBN kelihatan begitu jelas telah menggunakan kuasa
politik dan kuasa wang bagi melemahkan minda orang Melayu. UMNO mendakwa diri
mereka adalah pejuang Melayu, agama dan bangsa yang tulin dan orang Melayu
diwajibkankan mengikut telunjuk mereka.
UMNO sangat yakin dengan kuasa politik dan kuasa wang yang dikuasai oleh
mereka .
UMNO juga begitu sombong dan begitu yakin akan
terus berjaya menguasai tampuk pemerintahan Negara. Mereka sangat yakin bahawa UMNO
akan terus berkuasa membentuk jatidiri orang Melayu mengikut acuan falsafah
pemikiran mereka. Mereka sungguh bangga dan sombong kerana mereka telah
membuktikan bahawa mereka berkuasa sudah begitu lama sehingga lebih 55 tahun.
UMNO sedang mencipta rekod dunia berjaya memerintah begitu lama sebagai sebuah
parti dalam system demokrasi moden.
UMNO begitu sombong dan telah
sangat lupa bahawa pada tahun 1951 UMNO telah berpecah kerana ada ahlinya yang
terdiri dari orang Melayu juga yang sangat kuat berpegang kepada agama Islam
tidak menyetujui dasar dan acuan yang mereka pakai ketika itu. Mereka telah
keluar dan menubuhkan parti yang memperjuangkan agama Islam apabila mencium
penyelewengan orang Melayu UMNO yang berkiblatkan kepada pemikiran skular
Inggeris dan dunia barat. UMNO sudah lupa bahawa, kumpulan yang kuat berpegang
dengan dasar Islam sudah begitu kuat dan berpengaruh ketika ini. Mereka ialah
PAS yang begitu ketara dan jelas pegangan dan perjuangan mereka.
Pak Engku kadang-kadang tidak
segan silu menangis kerana beliau mengaku seolah-olah melihat hala tuju UMNO ketika ini adalah seperti
gembala kambing yang menghalau gembalaannya ke jurang yang dalam. Di dalam
jurang itu adalah fartamogana air. Tetapi sebenarnya adalah uap dari api yang
panas. Pak Engku melihat UMNO sedang sesat dan menyesatkan. Apabila ditanya
apakah beliau ada sebarang pengalaman sehingga melihat panorama sebegitu?
Beliau berkata, “ apa yang aku lihat ini
bukanlah ilusi tetapi kenyataan atau reality yang tidak dilihat oleh
orang-orang UMNO”.
Pak Engku bercerita bahawa beliau memang berpengalaman luas
kerana beliau terdedah dengan kerabat istana, pemimpin politik Melayu dan dekat dengan orang putih. Dari
pegawai atasan sehinggalah pegawai bawahan dan termasuk keluarga mereka sekali.
Ketika zaman muda belianya, beliau hidup dalam kemewahan yang diciptakan oleh
British. Beliau dan keluarganya tidak berbahasa Melayu dalam rumahnya. Budaya
Inggeris sangat dibangga-banggakan dan menjadi ukuran ketinggian taraf social yang
dianggap berprestij . Beliau adalah anak jati Kuala Lumpur. Rumahnya besar dan tersergam
indah di Jalan Raja Laut tetapi apabila
pembangunan mula digerakkan oleh orang Melayu yang mengaku sebagai pejuang pembangunan, segalanya
berakhir apabila beliau dan keluarga diarah pindah dan rumah pusaka dirobohkan
untuk memberi laluan pembangunan.
Pak Engku mengaku bahawa beliau sangat baik dan rapat dengan Dato’ Harun Idris
dan keluarganya. Beliau tidak berminat menceburi politik seperti Dato’ Harun kerana
keberadaan dan kekerabatannya, tetapi malang sungguh apabila panas yang
disangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengah hari. Dato’ Harun Idris
telah membantu beliau agar dapat meneruskan hidup dengan begitu jujur dan
ikhlas. Bagi Pak Engku, Dato’ Harun memang terkenal dengan ketulusannya. Banyak
harta warisannya digunakan untuk kepentingan aktiviti UMNO. Dato’ Harun Idris
tidak mengambil kesempatan dengan kedudukanya yang agak berpengaruh dan tinggi
dalam UMNO malah sehingga menjadi orang nombor satu iaitu Menteri Besar
Selangor, Dato’ Harun Idris tidak bertambah kaya. Beliau berbelanja dengan apa
yang ada dan tidak pernah berfikir untuk menerima rasuah dan mengambil komisyen
mahupun keuntungan daripada pelbagai projek yang diamanahkan kepada
dirinya.
Pak Engku masih ingat ketika Dato’
Harun Idris terperangkap dalam skandal rasuah ketika mengadakan sukan Tinju Dunia
Mohamad Ali di Kuala Lumpur. Sukan itu adalah hasil idea penyokong Dr Mahathir
yang dicurigai oleh kepimpinan tertinggi Negara YM Tunku. Akhirnya telah
memerangkap Dato’ Harun sehingga merengkok dalam penjara. Bagi Pak Engku, Dr Mahathir adalah bapak
syaitan Malaysia kerana bijak menipu rakyat terutamanya orang Melayu. Beliau
pernah ingin memalukan Dr. Mahathir di dalam Majlis Diraja tetapi dihalang oleh
Dato’ Harun Idris meskipun telah terbukti Dr. Mahathir telah menikam Dato’
Harun Idris dari belakang. Dr. Mahathir pernah diumpamakan oleh beliau dan Dato’
Harun seperti anjing atau buaya yang tersepit. Setelah ditolong, mereka yang
menolong itu digigit oleh Dr. Mahathir.
Apabila ditanya adakah tokoh
Melayu UMNO ketika ini seperti Dato’ Harun? Pak Engku cepat menjawab, “sungguh berbeza seperti jauh panggang dari
api.” Ini adalah kerana tiada tokoh yang memperjuangkan nasib Melayu dengan
ikhlas dan jujur kecuali ada kepentingan diri dan mengambil kesempatan
mengumpul harta dengan cara yang mungkar kerana menganggap diri bijak jika
pandai mengambil kesempatan kerana peluang hanya sekali iaitu ketika sedang
berpengaruh dan berkuasa. Amanah dan kejujuran telah diketepikan dan semuanya
sanggup memakai topeng kemunafikan.
Walau bagaimanapun, Pak Engku sempat
berpesan bahawa tokoh pemimpin yang jujur dan sangat amanah ada banyak dalam
Pakatan Rakyat terutamanya dalam PAS dan PKR. Beliau berterus terang bahawa
beliau mengenali dekat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor
sekarang dan Pak Engku menganggap bahawa Tan Sri Khalid adalah seperti Dato’
Harun Idris. Ketokohan mereka sangat susah dicari dan mereka adalah satu dalam
seribu. Pak Engku dengan tegas mengatakan, beliau sangat sayang kepada Tan Sri
Khalid kerana kejujuran dan amanah yang diamalkannya sejak kecil.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Mahkota Parade Melaka 26.2.2013
0 comments:
Post a Comment