Bekas Pemimpin Tinggi ATM Dan PDRM Dalam Pakatan
Rakyat Ada Cerita
Apabila
Tun Sheikh melihat dan mendengar berita di TV3 PMajaib memperlekeh dan menuduh
bekas pemimpin tinggi tentera dan polis yang menyertai Pakatan Rakyat adalah orang yang
sangat dikenalinya dan menuduh mereka adalah orang yang kecewa dan desperador
kerana tidak diberikan projek dan kontrek, Tun Sheikh berusaha menghubungi
mereka melalui sepupu dan bapa saudara sepupu bekas pegawai tinggi tentera dan polis. Kebetulan mereka yang
Tun Sheikh kenali ada hubugan
persaudaraan sama ada melalui darah keturunan atau ikatan perkahwinan. Tetapi dari
pengalaman Tun Sheikh sebelum ini,
mereka memang payah dihubungi lebih-lebih lagi jika hendak diajak bersembang
meskipun setelah mereka bersara. Jika dibanding ketika mereka sedang berkhidmat
dahulu, mereka lebih kurang seperti golongan pengamal perundangan iaitu
kumpulan para peguam dan hakim yang mempunyai dunia social tersendiri dan
terasing dengan kelompok lain. Mereka jadi begitu adalah kerana sumpah dan
etika dan kerahsiaan tentera . Mereka memang serupa seperti kelompok pengamal
perundangan yang dikawal oleh etika profesional mereka agar aktiviti sosial
mereka tidak mempengaruhi keputusan atau mempengaruhi sebarang tindakan yang
berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Anggota
angkatan bersenjata pelbagai pangkat yang telah bersara sering diperingatkan oleh
pertubuhan mereka agar mengawal diri daripada banyak aktif dalam masyarakat kerana
dikhuatiri kerahsiaan persenjataan dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya diketahui umum atau
musuh. Memang agak susah juga jika kita hendak bertemu dengan mereka. Jika pada
musim hari raya, kebanyakannya kitalah yang menziarahi mereka dan jika kita
tidak faham dengan amalan etika mereka tentunya kita berasa kita tidak dilayan
sebagai tetamu atau dilayan dengan ikhlas. Tingkah mereka begitu hambar dan
tidak pernah mereka membuka cerita tentang ketenteraan sama ada latihan,
strateji mahupun persenjataan.
Dalam
banyak saudara mahupun kenalan yang Tun Sheikh ketahui, mereka ini boleh
digolongkan kepada 2 kelompok atau golongan. Pertama adalah kumpulan yang aktif
menjalankan perniagaan atau menyambung pekerjaan setelah persaraan dan kedua
yang pasif dirumah tetapi banyak menghabiskan waktu mereka dengan kerja-kerja
amal dan sukarela tanpa mengharap upah dalam persatuan atau aktiviti surau dan
masjid berhampiran kediaman mereka. Selain itu, Tun Sheikh juga boleh
membahagikan mereka kepada 2 kumpulan berdasarkan lokasi negeri kediaman. Pertama,
tidak semua tetapi pada kebiasaannya, yang berasal dari sebelah Johor dan Pahang (dalam
hal ini apa yang Tun Sheikh maksudkan adalah terhad kepada saudara mara dan
kenalan yang yang dikenali), mereka kebanyakan lebih cenderung beramal atau
mengabdikan diri disurau-surau dan masjid. Manakala kumpulan kedua ialah yang
terus aktif sama ada mengurus perniagaan atau menyambung membuat perkerjaan
bergaji.
Cerita
yang Tun Sheikh garap ialah keengganan atau kecenderungan bekas pegawai tinggi
tentera atau angkatan bersenjata ini aktif berniaga atau menyambung kerja setelah
bersara adalah kerana pembawaan diri mereka sendiri yang berasa telah puas dan cukup dengan apa yang telah mereka sumbang . Mereka cenderung
beramal dan bersosial secara bebas tanpa mengharap bayaran kerana pencen atau
kewangan mereka mencukupi dan kukuh. Mereka suka membuat kerja-kerja amal
sebagai bekal hari tua lebih-lebih lagi budaya lagho atau kelalaian ketika muda
dalam ketenteraan memang menjadi budaya kerja yang biasa. Jika mereka datang
dari keluarga agama atau keluarga Melayu biasa, hal beramal dan menghabiskan
sisa-sisa usia di surau dan masjid adalah ketara.
Satu
lagi kumpulan ialah yang gairah bekerja sama ada berniaga atau terlibat dengan
pekerjaan lain. Biasanya mereka dipengaruhi oleh latar belakang status keluarga
dan keperluan atau nostalgia kuasa ketika berada dalam angkatan bersenjata.
Mereka berasakan berterusan aktif bekerja atau menguruskan perniagaan adalah
keperluan. Kumpulan ini sering telah menyiapkan diri dengan pelbagai usaha dan
perancangan sebelum bersara lagi. Dengan kuasa yang mereka ada, mereka berupaya
melobi pelbagai aktiviti perniagaan yang pada kebiasaannya berkaitan dengan
ketenteraan. Mereka sering diberi peluang dan diberi galakan malah mereka juga
bersiap sedia dan sanggup menjadi proksi segala bidang yang memberi keuntungan
kepada diri dan syarikat mereka. Di sinilah bermula ceritanya dan adalah tidak
ganjil atau mustahil mereka berserta kegiatan mereka diketahui oleh pihak
atasan seperti menteri pertahanan dan tokoh-tokoh politik. Di sinilah juga para
pegawai tinggi yang tidak berminat dengan perniagaan seperti itu ada cerita.
Pada
kebiasaannya, para pegawai tinggi ini terpaksa menguruskan maklumat rahsia
kerana prosidur dan etika ketenteraan dan persenjataan. Pada waktu yang sama mereka terpaksa
bersyubahat terhadap segala urusan dan urusniaga. Mereka terlibat secara
langsung dan mengetahui selok-belok dan pergerakan serta proses pembayaran dan
kewangan. Mereka terdedah kepada urusniaga yang mengikut prosidur kewangan dan
peraturan dan juga kepada segala urusniaga yang mengamalkan penyelewengan. Rasuah
dan penyelewengan dalam angkatan bersenjata pada kebiasaannya adalah selamat
dan terkawal dari diketahui oleh orang awam kerana etika dan sumpah kerahsian
ketenteraan itu sendiri.
Kepada tokoh dan pegawai tinggi yang baik dan
beretika ini semua menjadikan mereka tensyen dan dalam dilemma. Kepada kumpulan
yang gairah dan berpentingan, penyelewengan dalam kawalan keselamatan ini
adalah amat membahgiakan mereka kerana turut mendapat habuannya. Apabila telah
melampaui batas sehingga merugikan rakyat dan Negara malah sehingga ada nyawa yang
melayang, maka pegawai tinggi yang baik ini tidak sanggup lagi memikul beban
dan dosa dan bersyubahat dengan budaya rasuah dan penyelewengan yang membudaya dalam angkatan bersenjata. Setelah bersara
mereka berasa terpanggil dan telah keluar menyertai Pakatan Rakyat bersama-sama
berjuang menentang rasuah dan penyelewengan. Itulah cerita sebenarnya.
Sehubungan itu kita mesti menyokong yang mana? Kerajaan AMNOBN yang perasuah
atau para pejuang penentang penyelewengan?
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kem Majidee JB 30.3.2013
0 comments:
Post a Comment