PAK ENGKU SANGAT SAYANG YB KHALID IBRAHIM DAN DATO’ HARUN IDRIS

0 comments

PAK ENGKU SANGAT SAYANG YB KHALID IBRAHIM DAN DATO’ HARUN IDRIS

Pak Engku Raja Abd Karim bin Raja Ali seorang tua kerabat Diraja Selangor saban hari menelefon Tun Sheikh ajak berbual-bual dan berbincang tentang isu semasa. Minda beliau begitu cerdas kerana setiap hari membaca dan berfikir mengenai kebaikan dan kebajikan. Beliau melenting jika isu semasa sengaja diwujudkan  UMNO atau sesiapa yang mengaku Islam tetapi bercanggah dengan Al Quran dan Hadis. Beliau mengetahui bahawa isu-isu  yang dimainkan oleh orang politik terutamanya UMNOBN sengaja diada-adakan dan diheboh-heboh atau dipropagandakan untuk kepentingan parti. Beliau begitu marah kerana beliau sangat menyayangi setiap insan beragama Islam.  Bagi beliau UMNOBN adalah tentera syaitan kepada musuh manusia yang gaib dan agen Yahudi musuh Islam yang nyata yang khusus kepada manusia Melayu. 

 Berulangkali Pak Engku mengatakan bahawa UMNO dimasa ini ialah UMNO syaitan yang bertopengkan manusia Melayu. Beliau begitu berani mengatakan bahawa manusia Melayu UMNO terutama kumpuIan pemimpinnya adalah manusia syaitan kerana UMNOBN tidak sudah-sudah dan tidak berhenti mencipta pelbagai fitnah yang begitu jahat untuk merosakkan pemikiran dan akidah orang Melayu. UMNOBN kelihatan begitu jelas telah menggunakan kuasa politik dan kuasa wang bagi melemahkan minda orang Melayu. UMNO mendakwa diri mereka adalah pejuang Melayu, agama dan bangsa yang tulin dan orang Melayu diwajibkankan mengikut telunjuk mereka.  UMNO sangat yakin dengan kuasa politik dan kuasa wang yang dikuasai oleh mereka . 

 UMNO juga begitu sombong dan begitu yakin akan terus berjaya menguasai tampuk pemerintahan Negara. Mereka sangat yakin bahawa UMNO akan terus berkuasa membentuk jatidiri orang Melayu mengikut acuan falsafah pemikiran mereka. Mereka sungguh bangga dan sombong kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka berkuasa sudah begitu lama sehingga lebih 55 tahun. UMNO sedang mencipta rekod dunia berjaya memerintah begitu lama sebagai sebuah parti dalam system demokrasi moden. 

UMNO begitu sombong dan telah sangat lupa bahawa pada tahun 1951 UMNO telah berpecah kerana ada ahlinya yang terdiri dari orang Melayu juga yang sangat kuat berpegang kepada agama Islam tidak menyetujui dasar dan acuan yang mereka pakai ketika itu. Mereka telah keluar dan menubuhkan parti yang memperjuangkan agama Islam apabila mencium penyelewengan orang Melayu UMNO yang berkiblatkan kepada pemikiran skular Inggeris dan dunia barat. UMNO sudah lupa bahawa, kumpulan yang kuat berpegang dengan dasar Islam sudah begitu kuat dan berpengaruh ketika ini. Mereka ialah PAS yang begitu ketara dan jelas pegangan dan perjuangan mereka.

Pak Engku kadang-kadang tidak segan silu menangis kerana beliau mengaku seolah-olah  melihat hala tuju UMNO ketika ini adalah seperti gembala kambing yang menghalau gembalaannya ke jurang yang dalam. Di dalam jurang itu adalah fartamogana air. Tetapi sebenarnya adalah uap dari api yang panas. Pak Engku melihat UMNO sedang sesat dan menyesatkan. Apabila ditanya apakah beliau ada sebarang pengalaman sehingga melihat panorama sebegitu? Beliau berkata,  “ apa yang aku lihat ini bukanlah ilusi tetapi kenyataan atau reality yang tidak dilihat oleh orang-orang UMNO”.

 Pak Engku bercerita bahawa beliau memang berpengalaman luas kerana beliau terdedah dengan kerabat istana, pemimpin politik Melayu dan dekat dengan orang putih. Dari pegawai atasan sehinggalah pegawai bawahan dan termasuk keluarga mereka sekali. Ketika zaman muda belianya, beliau hidup dalam kemewahan yang diciptakan oleh British. Beliau dan keluarganya tidak berbahasa Melayu dalam rumahnya. Budaya Inggeris sangat dibangga-banggakan dan menjadi ukuran ketinggian taraf social yang dianggap berprestij . Beliau adalah anak jati Kuala Lumpur. Rumahnya besar dan tersergam indah  di Jalan Raja Laut tetapi apabila pembangunan mula digerakkan oleh orang Melayu yang mengaku  sebagai pejuang pembangunan, segalanya berakhir apabila beliau dan keluarga diarah pindah dan rumah pusaka dirobohkan untuk  memberi laluan pembangunan. 

Pak Engku mengaku bahawa beliau  sangat baik dan rapat dengan Dato’ Harun Idris dan keluarganya. Beliau tidak berminat menceburi politik seperti Dato’ Harun kerana keberadaan dan kekerabatannya, tetapi malang sungguh apabila panas yang disangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengah hari. Dato’ Harun Idris telah membantu beliau agar dapat meneruskan hidup dengan begitu jujur dan ikhlas. Bagi Pak Engku, Dato’ Harun memang terkenal dengan ketulusannya. Banyak harta warisannya digunakan untuk kepentingan aktiviti UMNO. Dato’ Harun Idris tidak mengambil kesempatan dengan kedudukanya yang agak berpengaruh dan tinggi dalam UMNO malah sehingga menjadi orang nombor satu iaitu Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris tidak bertambah kaya. Beliau berbelanja dengan apa yang ada dan tidak pernah berfikir untuk menerima rasuah dan mengambil komisyen mahupun keuntungan daripada pelbagai projek yang diamanahkan kepada dirinya.  

Pak Engku masih ingat ketika Dato’ Harun Idris terperangkap dalam skandal rasuah ketika mengadakan sukan Tinju Dunia Mohamad Ali di Kuala Lumpur. Sukan itu adalah hasil idea penyokong Dr Mahathir yang dicurigai oleh kepimpinan tertinggi Negara YM Tunku. Akhirnya telah memerangkap Dato’ Harun sehingga merengkok dalam penjara.  Bagi Pak Engku, Dr Mahathir adalah bapak syaitan Malaysia kerana bijak menipu rakyat terutamanya orang Melayu. Beliau pernah ingin memalukan Dr. Mahathir di dalam Majlis Diraja tetapi dihalang oleh Dato’ Harun Idris meskipun telah terbukti Dr. Mahathir telah menikam Dato’ Harun Idris dari belakang. Dr. Mahathir pernah diumpamakan oleh beliau dan Dato’ Harun seperti anjing atau buaya yang tersepit. Setelah ditolong, mereka yang menolong itu digigit oleh Dr. Mahathir.

Apabila ditanya adakah tokoh Melayu UMNO ketika ini seperti Dato’ Harun? Pak Engku cepat menjawab,  “sungguh berbeza seperti jauh panggang dari api.” Ini adalah kerana tiada tokoh yang memperjuangkan nasib Melayu dengan ikhlas dan jujur kecuali ada kepentingan diri dan mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang mungkar kerana menganggap diri bijak jika pandai mengambil kesempatan kerana peluang hanya sekali iaitu ketika sedang berpengaruh dan berkuasa. Amanah dan kejujuran telah diketepikan dan semuanya sanggup memakai topeng kemunafikan.

Walau bagaimanapun, Pak Engku sempat berpesan bahawa tokoh pemimpin yang jujur dan sangat amanah ada banyak dalam Pakatan Rakyat terutamanya dalam PAS dan PKR. Beliau berterus terang bahawa beliau mengenali dekat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan Pak Engku menganggap bahawa Tan Sri Khalid adalah seperti Dato’ Harun Idris. Ketokohan mereka sangat susah dicari dan mereka adalah satu dalam seribu. Pak Engku dengan tegas mengatakan, beliau sangat sayang kepada Tan Sri Khalid kerana kejujuran dan amanah yang diamalkannya sejak kecil.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Mahkota Parade Melaka 26.2.2013

PILIHANRAYA YANG MENYESATKAN ATAU SESAT KERANA PILIHANRAYA?

0 comments

PILIHANRAYA YANG MENYESATKAN ATAU SESAT KERANA PILIHANRAYA?

Semakin hari semakin ligat kerajaan AmnoBN mempromosi pelbagai isu yang sekali didengar sahaja akan menggambarkan parti lawan adalah parti yang tidak berguna, merbahaya , buruk atau jahat. Tindakan dan usaha memburuk-burukkan parti lawan ini bertambah ligat dan proaktif serta berserabut dengan  provokasi jahat dan fakta-fakta palsu, fitnah dan pembohongan yang telah menjadi budaya mereka tanpa menghiraukan hukum-hakamnya  lagi . Keadaan ini adalah selari dengan dekatnya hari akan mengadakan pilihanraya. Mereka terus mencoba mengeluarkan isu-isu yang sensitif dan melihat tindakbalas rakyat. Tujuan dan objektif mereka hanya satu iaitu mempengaruhi rakyat agar mengundi mereka dan berpaling dari pihak lawan mereka. Mereka menonjolkan isu dengan cara trials and error.

Jika isu pertama tidak berjaya menaikkan kemarahan atau mempengaruhi fikiran rakyat, maka isu seterusnya dikeluarkan. Mereka sering terjerat dengan tipu helah sendiri  jika rakyat membuka mata dan berfikir dengan akal yang tenang dan terbuka. Isu penggunaan kalimah Allah contohnya, sebenarnya telah ditutup kerana telah dibicarakan dalam mahkamah tetapi kerana isu itu sensitif kepada orang Melayu khasnya dan penganut Islam maka isu itu ditonjolkan lagi. Sebenarnya AmnoBN boleh disaman kerana keputusan mahkamah telah muktamad dan tidak perlu diulang-ulang.

 Percubaaan mereka memerangkap rakyat yang cenderong memihak parti lawan dengan isu Presiden BJ Habibie Indonesia tidak menjadi apabila buah dan hasil propaganda mereka bertambah menguntungkan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  telah memperlihatkan mereka adalah golongan yang bacul dan buta agama kerana perkara itu telah lama selesai.  Isu kafir mengkafir dalam kertas siasatan pada tahun berlaku (1981) melaporkan itu terjadi bukan dari pertuduhan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tetapi dari kefahaman pengikut dan juga lawan yang begitu fanatik. AmnoBN pula terus menunjukkan kebodohan dengan terus mendakwa PAS yang memulakan atau memfatwakannya. Pada hal Tuan Guru dan para ulamak  hanya membentangkan ciri-cirinya sahaja  tetapi AmnoBn cepat merasa sehingga seperti perumpaan atau simpulan bahasa Melayu, “Siapa yang makan lada, dialah merasa pedasnya”.  

Tun Sheikh pernah ditegur oleh kenalan dan pembaca blog Tun Sheikh yang tidak suka Tun Sheikh terlalu fokus kepada isu-isu politik sehingga ada yang marah-marah. Ada yang berterus terang mengaku mereka adalah pengikut AmnoBn dari dulu, sekarang dan selama-lamanya yang tidak suka Tun Sheikh menulis tentang politik kerana penulisan Tun Sheikh dianggap berat sebelah atau bias kepada pihak pembangkang. Tun Sheikh mengalu-alukan segala komen lebih-lebih lagi melalui e-mel atau sms kerana objektif Tun Sheikh adalah untuk menyampaikan kebenaran mengikut lunas syariat Islam sedapat-dapatnya dengan sedikit pengetahuan yang Tun Sheikh ada atau tiada pengetahuan langsung tetapi yakin memanjangkan hujah-hujah yang bernas mengikut pandangan ulamak  tersohor atau ijmak ulamak yang tidak perlu kita sangsikan lagi.

Kepada para pembaca sekalian termasuklah yang bias dan taksub kepada AmnoBN dan sebagainya, Tun Sheikh suka mengajak agar mengikut nasihat Tun Sheikh yang memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada para pembaca agar ambilah Al Quran dan As sunah itu sebagai sumber utama . Wajibkan diri kita membaca dan berusaha membacanya sehingga tamat. Membaca hendaklah dengan kefahaman.

Persoalannya, jika kita tidak faham bahasa Arab jangan membuang masa coba sedaya upaya mengaji Quran dalam bahasa Arab dan coba memahaminya. Usia kita adalah sangat singkat dan fitnah dunia adalah seluas lautan malah tidak akan sampai kefahaman jika kita menafikan kebijaksanaan Allah yang meliputi segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui dan pengetahuan Allah tiada bertepi dan tiada perumpamaan atau sekutu dengan segala sesuatu. 

Bahasa mudah, Allah sangat mengenali kita dan faham pelbagai bahasa jua. Jadi jika kita tidak faham bahasa Arab ambillah terjemahan bahasa Melayu sebagai usaha utama kita. Kalau anda fasih berbahasa Arab, Alhamdulillah dan sukalah Tun Sheikh bertanya lagi iaitu semasa anda tidur anda tentu merasai nikmat mimpi. Dalam bahasa apakah yang anda pakai ketika dalam mimpi itu? Jika anda fasih dengan pelbagai bahasa tetapi dalam mimpi anda ialah berbahasa Melayu maka domain kefahaman kerohanian dan zahir anda adalah bahasa Melayu.

 Sehubungan dengan itu berusaha membaca Al Quran dan As Sunah dalam terjemahan bahasa Melayu. Insyaallah kefahaman dan pengertian kepada ayat-ayatNYA akan lebih bermakna dan mendalam berbanding dengan bahasa asing lain yang dikuasai anda. Lainlah halnya jika setiap kali bermimpi dalam tidur dan bertutur kata bukan dalam bahasa Melayu tetapi terdapat unsur-unsur penterjemahan dalam akal fikiran. Maksudnya jika anda hendak bercakap dalam bahasa Melayu, dalam akal dan fikiran anda terpaksa menterjemahkannya. Ingatan anda memang  berfikir dalam bahasa asing.

Setelah anda khatam terjemahan Al Quran dan Hadis terjemahan terutamanya Shahih Bukhari dan Muslim insyaallah, anda akan dapat membedakan sesuatu perkara secara naluri sama ada isu atau perkara itu yang hak atau bathil di sisi Allah. Jadi jika anda telah biasa dan beramal dengan kitab petunjuk yang Tuhan janjikan ini,  maka dengan mudah anda akan dapat mengenali syaitan manusia atau syaitan yang dikenali sama ada dari kalangan AmnoBn, PAS, DAP, PKR atau sesiap saja. Roh adalah saling mengenali sesama roh.

Masalah masyarakat kita pada hari ini adalah bercakap dan berbincang atau berhujah pada sumber yang berlainan. Mengaku saja seagama tetapi tidak berlapang dada menggunakan sumber Al Quran dan Hadis sebagai sumber utama. Maka jadilah apa yang dilihat pada hari ini. Sama Melayu, sama agama tetapi kerana sesat dengan pengaruh kuasa dan kuasa wang, diri menjadi angkuh, sombong dan ego serta yakin duduk pada kebenaran pada hal jika dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis, tanda-tanda munafik, sesat, kufur tidak mustahil sangat menonjol.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara  KL 9.1.2013

KECELUPARAN MCA: ORANG KUDUNG PUN DAPAT KAKI

0 comments

KECELUPARAN MCA: ORANG KUDUNG PUN DAPAT KAKI

Ketika MCA berpakat menyerang Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam persidangannya dan seterusnya berpanjangan selama sebulan di bulan lepas, Tun Sheikh berasa seolah-olah hari-hari yang dilalui itu memaksa tubuh Tun Sheikh melompat-lompat seperti dalam aksi berpencak-silat. Ini adalah bahana deringan telefon yang diterima dari sahabat handai saban hari minta Tun Sheikh menulis sesuatu atau mengemukakan sesuatu bantahan dengan cara apa sekalipun kepada MCA, BN dan UMNO.

Banyak kali Tun Sheikh mengingatkan mereka agar bersabar dan Tun Sheikh sendiri terpaksa menyabarkan diri kerana mengetahui itu adalah provokasi dari BN yang ditugaskan kepada MCA. Mereka mencari pasal dan tindakan perundangan tidak akan dikenakan kerana mereka berkuasa mengarahkan pembekuan tindakan dan hal ini semua orang tahu. Apa yang sangat menggusarkan Tun Sheikh ialah wanita hingusan MCA berani membuat fitnah menggempak dasar Islam PAS dan Pakatan Rakyat.  Beliau disokong oleh presidennya yang terkenal dengan menyimpan perempuan simpanan yang kelihatannya telah menjadi halal atau boleh diterima oleh masyarakat BN ketika ini kerana itu adalah kebiasaan yang dilakukan oleh orang Cina. Betul atau tidak,  tidaklah Tun Sheikh pasti , tetapi yang nyata Chua Bergolek terpilih dan diterima menjadi presiden MCA walaupun akhlaknya telah tercemar dengan perzinaan.

Daripada beberapa maklumat yang Tun Sheikh dapat bahawa,  mereka diarah untuk mencipta isu yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat marah dan kalau boleh biar orang Melayu atau rakyat menjadi marah sehingga UMNO atau kerajaan boleh bertindak menjadi hero mengumumkan darurat jika perlu demi keharmonian dan keselamatan Negara. Jika difikir secara singkat, tindakan itu memang wajar kerana kepentingan keamanan Negara. Tetapi  bagi mereka yang mengamalkan nilai jati diri terpuji dalam diri, dapat merasa dan mengesan bahawa itu semua adalah agenda dan muslihat penjahat dan penipu bagi mengekalkan pengaruh dan kuasa.

Apa yang ingin Tun Sheikh perkatakan di sini ialah semangat Tun Sheikh begitu membara tetapi alhamdullillah kewajaran akal fikiran dan sedikit iman dan kesabaran dapat menenangkan Tun Sheikh. Lagi pun kita telah dididik dengan adab taat dan hormat kepada ulamak dan para musyid. Mereka begitu tenang melihat keadaan dan mengikuti perkembangan politik semasa dan mereka arif membedakan antara jahil, kejahatan, angkara syaitan mahupun Yahudi atau pendeknya mereka mengenal bilakah perlu megumumkan kita perlu keluar berjihad mempertahan agama.

 Kemuncaknya tentu berani  mati shahid terpimpin yang mendapat keredhoan Allah Swt. Kalau mengikut kecurangan UMNO  yang berkuasa dan memegang tampuk kerajaan memang telah banyak kali UMNO melatah dan bersubahat membuat provokasi tetapi alhamdullillah kerana di Negara kita masih ramai alim ulama bertaraf wali yang begitu tenang dan melihat UMNO bukanlah musuh Allah yang perlu disembelih mengikut ciri-ciri jihad fisabilillah yang dituntut.

 Para-para ulamak dan kekasih Allah ini sebenarnya terus memerhati. Mereka bersikap netral dan begitu tenang kerana begitu arif dengan qadaq dan qadar Allah Swt. Bayangkanlah jika mereka pernah melarang berdoa supaya di Thailand Selatan menjadi aman kerana jika aman bererti Allah menutup pintu jihad dan syurga mudah bagi yang sanggup shahid di sana. Fikir-firkanlah. Bagi mereka,  UMNO ialah sebuah entity atau budak-budak  pemain bola bersama para syaitan. Permainan itu memang seronok dan para syaitan begitu sombong dan ujub membuli budak-budak manusia UMNO ini.

Secara kerohanian dan firasat,  sebenarnya UMNO akan ditinggalkan oleh sekutunya kerana mereka juga tidak bersetuju pengkhianatan yang diamalkan oleh UMNO. Nilai kemanusiaan dan nilai kebudayaan manusia sejagat setiap hari merosot kerana UMNO lalai dengan roh dirinya sendiri. MCA difirasat sentiasa berkelakuan nakal yang disengajakan kerana sudah tidak sanggup menjadi pak turut UMNO tetapi kaki mereka dirantai. MCA sentiasa bijak mencari peluang kepentingan diri supaya dapat apa yang dihajati dan terpelihara dari dituduh belot oleh UMNO.  

Marilah sama-sama kita tingkatkan iman kita kerana hidup ketika ini adalah pakej nyawa dan usia kita. Bagaimana kita redha dan beramal atau membudayakan hidup seharian inilah yang dikira atau dihisab oleh Allah Swt. Tun Sheikh sangat kagum dengan sahabat Tun Sheikh yang telah kudung. Setiap hari beliau menghubungi Tun Sheikh mengingatkan bahawa jika Melayu atau orang Islam di Negara ini terpengaruh atau takut dengan kekuasaan UMNO maka syaitan akan berjaya menyesatkan mereka. Pak Engku malah mengajak Tun Sheikh berjumpa bertukar-tukar pendapat. Bayangkanlah dalam keadaan dia telah berusia lanjut dan kudung kaki sebelah, dia sanggup keluar rumah. Dia berkata " sesiapa yang coba memfitnah insan yang mencintai Allah seperti Tuan Guru Nik Aziz, aku sanggup menggadai nyawa mempertahankannya kerana aku tahu aku tidak sehebat Nik Aziz tetapi aku nampak pengorbanan dan teladan yang ditunjuki oleh Nik Aziz adalah satu dalam 100 ribu dalam dunia".

Pak Engku mengajak semua orang Islam di Negara ini bersyukur dan bermohonlah semoga Allah memperlihatkan rahmatNya yang diberikan melalui Nik Aziz untuk orang Melayu khasnya. Bagi Tun Sheikh, Pak Engku bukan berpura-pura atau berlakon sahaja tetapi beliau benar-benar bersemangat. Usianya yang sudah lanjut ke 85 tahun tidak menghalang beliau membuktikan bahawa  seolah-olah kakinya masih tetap ada. Bagi Tun Sheikh, Pak Engku diumpamakan seperti sikudung yang beriman dan semangat jihadnya adalah begitu kuat dan hebat seperti memiliki kaki.

Jadi,  harap-harap UMNO dapat petunjuk dan tidak terus tenggelam dengan kenikmatan hasil haram. Ingatlah bahawa roh agama itu milik Allah yang berupaya dan berkuasa mengadakan yang tiada menjadi ada. Yang jelas, sesiapa yang terputus dengan tali Allah kerana melakukan hal-hal yang dilarangNYA maka tidak disangsikan lagi tempatnya adalah neraka.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 20.11.2012

DIA BENTENG ISLAM MELAYU MODEN MALAYSIA

0 comments

DIA BENTENG ISLAM MELAYU MODEN MALAYSIA

Masa muda-muda dulu dia dituduh sebagai Wahabi. Sesiapa yang bersetuju atau cuba dekat dengan dia,  dituduh telah termakan hasutan dan terpengaruh dengan ajaran sesat. Ada juga yang kata dia Syiah. Dia juga dituduh sebagai Golongan Kaum Muda dan mesti ditolak serta diharamkan. Mereka dianggap terlalu ekstrim dan darah muda mereka boleh menyebabkan Negara huru-hara. Namun ahli kumpulan malah mereka yang berminat terhadap perjuangan Angkatan Muda atau Kaum Muda sedar, mereka terpaksa melembutkan sedikit teknik dakwah dari provakasi membebaskan minda dari menerima dan menyanjung  penjajah. Ilmu yang tinggi mendorong kebernasan mereka berfikir dan bertoleransi.

  Masyarakat Melayu menganggap penjajah  tidak bahaya kerana tidak menggugat kehidupan mahupun hidup beribadat dalam agama. Orang Melayu tidak nampak keperluan berubah kerana fahaman dan falsafah,  “Agama lain dan hidup atau adat  dunia lain” memang telah lama sebati dan tidak perlu disatukan. Mereka tidak nampak  diperbodohkan oleh sikafir atau penjajah kerana segala arahan, peraturan dan undang-undang adalah atas nama raja atau sultan. Sultan pula adalah penaung tertinggi agama.

Segala kehendak dan arahan penjajah melalui sultan dianggap sebagai titah Sultan dan itulah daulat Sultan meskipun hasil dan faedah besar dinikmati oleh penjajah. Angkatan Kaum Muda  terus berdakwah untuk paradigma minda masyarakat Islam Tanah Melayu dan Nusantara supaya bersemangat memperjuangkan kebebasan diri bagi menentukan cara hidup beragama mengikut acuan AlQuran dan Sunnah. Sekali-kali bukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh penjajah menerusi kedaulatan raja-raja. Mereka tahu bahawa budaya Melayu ketika itu malah sampai ke hari ini masih terkongkong dengan kuasa pemerintah dan tidak berani membebaskan minda untuk mengamalkan hidup Islam mengikut panduan AlQuran dan Sunnah.

 Otak Melayu majoritinya sehingga ke hari ini masih feudal. Angkatan Kaum Muda faham bahawa budaya Melayu telah sekian lama  begitu  serasi dan membudayakan cara hidup yang memisahkan soal ibadah dan amalan akhirat dengan penghidupan duniawi. Mereka telah mengubah haluan dan cara berdakwah yang dibawa dari Timur Tengah dengan menceburkan diri dalam bidang penulisan dan penerbitan dan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Perjuangan utama mereka ialah menerapkan kefahaman bahawa hidup ini mestilah dengan budaya agama sebagaimana petunjuk Quran dan Hadis dalam segala hal. Tiada pemisahan terutamanya dalam soal penghidupan seharian dengan amalan akhirat.

 Pada tahun 1930-an mereka telah berjaya menanam benih pemikiran kritis berasaskan fakta dan maklumat berita dari serata dunia. Mereka berjaya mengupas dan mengolah maklumat dan berita yang diterima bersesuaian dengan bimbingan dan kehendak agama serta kesesuaian zaman. Mereka secara lansung telah melibatkan diri dalam perkembangan, pemikiran dan pergerakan politik. Bapa atau pelopor Angkatan Kaum Muda di dunia Melayu ialah Sheikh Tahir Jalalludin. Bekalan ilmu dari Mesir dan dari negeri-negeri Timur Tengah lain dibawa dan disebarkannya di Sumatera, Jawa, Singapura, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan P. Pinang. Beliau sudah lama pergi dan begitu juga tokoh-tokoh sefahaman beliau seperti Sheikh Al Hadi. Anaknya Sheikh Hamdan Sheikh Tahir juga sempat mencipta nama dan juga telah meninggalkan kita. Namun kefahaman dan perjuangan mereka masih wujud dan berterusan.

 Kini meskipun  Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi ikon Kaum Muda mahupun Wahabi tetapi penerapan nilai tasauf, kewarakan dan ketawadhukan beliau sabagai hamba kepada Allah yang diamal dan dibudayakannya dalam kehidupannya sebagai cara hidup Islam melayakkan beliau dinobat sebagai ‘Benteng Islam Melayu Moden’. Gantinama Dia sebagaimana tersebut di atas adalah di maksudkan kepada dirinya. Itulah Nik Aziz bin Nik Mat yang pada suatu ketika dulu pernah mengharungi pelbagai fitnah, dugaan dan pancaroba sama ada pemikiran Islam mahupun  cara beliau beramal membudayakan hidup sehariannya. Ternyata beliau di selamatkan oleh Allah sehingga kelihatan seolah-olah seperti kebal daripada serangan musuh yang munafik, fasik mahupun sikafir.

 Beliau tidak meninggi diri tetapi terus menunjukkan teladan dan kepimpinan Islam yang berpandukan Quran dan Hadis sehingga musuh-musuhnya terkedu dan ada yang kecewa dan membunuh diri sendiri. Tuan Guru Nik Aziz sebenarnya adalah seorang ilmuan agama. Beliau juga adalah seorang ilmuan duniawi. Beliau adalah seorang ulamak yang hormat dan mengamalkan ilmunya. Berkahnya terpapar dari kekuhannya yang tetap berpegang kepada tali Allah dalam segala hujah dan pandangan. Lidahnya masin dan ciri-ciri ulamak mewarsi nabi sebagaimana petunjuk Quran dan Hadis ada pada dirinya.

Maka sungguh jahatlah sesiapa sahaja yang mengaku Islam termasuk simunafik, sifasik dan sikafir yang bersungguh-sungguh berusaha meruntuhkan benteng agama yang diteladaninya. Biar Allah menentukan takdirNYA dan percayalah bahawa selagi tubuh  TGNA masih berhayat walau hanya di perbaringkan, aura, naunsa dan ambion pada dirinya masih berupaya berperanan sebagai Benteng Islam Orang Melayu Moden Malaysia pada hari ini Insyaallah!!!

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Tabung Haji Kelana Jaya 10.10.2012
 
Copyright 2009 Ajaran Hidup
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere