AMNOBN Kata Rakyat Kelantan Bodoh



Rakyat Kelantan Bodoh

Apabila pemimpin tertinggi AMNOBN berkempen dengan mengatakan bahawa rakyat Kelantan adalah bodoh jika tidak mengundi AMNOBN dalam PR13 ini, dan dituduh sanggup terus diperbodohkan oleh PAS, Tun Sheikh terbayang sebenarnya AMNOBN telah terlalu hampir kepada kemusnahan kerana terlalu sombong dan angkuh. Tidak lama dahulu mereka telah bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka akan menyelamatkan Kelantan dari kegelapan dan kemunduran. Mereka pernah menuduh bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Semua ilmuan dan ulamak dalam PAS dan penyokong PAS adalah penipu dan penyeleweng agama yang berdakwah untuk mencari pengaruh dan kepentingan diri.

Kelancangan ini sebenarnya memperlihatkan ciri-ciri kemunafikan AMNOBN dan kesesatan yang sedang berlaku dalam diri mereka sendiri. Hujah dan tuduhan mereka tidak berasas dan sangat terpesung dari petunjuk Quran dan Hadis yang menjadi sumber rujukan dan dasar perjuangan Islam dan PAS. Pandangan kebodohan rakyat Kelantan yang tidak mahu menyebelahi AMNOBN atau kerana tetap menyokong PAS adalah pandangan dan pemikiran AMNOBN. Dari segi kacamata agama sebenarnya rakyat Kelantan atau sesiapa sahaja yang menyokong dan mendokong perjuangan PAS adalah orang yang bijaksana selagi PAS berpegang dan berpandukan Al Quran dan Hadis. Sebaliknya penyokong AMNOBN yang bodoh dan bebal  kerana terhijab dengan kuasa dan harta dunia sehingga berasa sombong dan angkuh dan berani memperlekeh dan mempersenda agama.

Telah acapkali pemimpin AMNOBN memperlekeh PAS malah menganggap mereka telah kafir dalam akidah bukan sahaja ketika musim pilihanraya yang disangka dapat menghalal segala cara tetapi juga di luar suasana  politik. Mereka mengaku Islam tetapi mereka seolah-olah tidak dapat menerima dan menolak dakwah dan tarbiah Islam yang membudaya dalam PAS.

TPM Muyid  telah terus terang menolak ketokohan Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dengan membandingkan ayahandanya yang juga seorang ulamak dan memiliki sebuah madrasah tetapi tidak menghalang orang Islam memasuki  AMNOBN. Beliau bernada seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz mengajar ajaran sesat tanpa beliau menghalusi bahawa yang ditentang bukan AMNO tetapi kefasikan dan amalan kekufuran yang mebudaya dalam AMNO.

 TPM Muyid sebenarnya dengan riak dan takbur ingin memberi tahu bahawa beliau adalah anak seorang ulamak terkenal Johor yang telah berjawatan Timbalan Perdana Menteri  tanpa beliau sedari bahawa sebenarnya ayahanda beliau sendiri tidak berminat dalam politik kerana banyak membuat fitnah dan tidak menggalakkan anak-anaknya berpolitilik kecuali jika yakin tidak bertentangan dengan akidah dan agama. Ini tercatat dalam sebuah buku biografi terbitan Yayasan Warisan Negeri Johor yang dinaungi oleh kerajaan Negeri Johor diketuai oleh YAB Dato’ Abd Ghani Osman, Menteri Besar Johor.

Penghinaan terhadap rakyat Kelantan diteruskan oleh PMAjaib dalam kunjungannya ketika kempen pilihanraya kelmarin. Beliau menganggap rakyat Kelantan yang mengundi AMNOBN adalah orang yang bijaksana dan beliau sendiri adalah orang yang menepati janji dan berbeza dengan PAS yang dituduh penipu dan mungkir janji. Beliau tidak sedar bahawa diri beliau dilihat sebagai seorang yang zalim kerana tidak menunaikan hak Kelantan menerima wang royalty minyak. Beliau meneruskan janji dan bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak seperti kepimpinan PAS yang dituduh menggunakan agama untuk kepentingan diri dan politik. Beliau menganggap semua kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat  telah gagal terutamanya negeri Kelantan kerana ditadbir oleh PAS yang bodoh.

Pada hakikatnya, rakyat yang cerdik amat mengetahui bahawa kerajaan pembangkang adalah kerajaan yang cekap dan bijak mengurus kewangan dan perbelanjaan negeri yang telah terbukti mengikut laporan kewangan Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit semasa membentangkannya di Parlimen secara rasmi. Sebaliknya mengikut laporan rasmi tersebut semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh AMNOBN adalah boros, tidak amanah dan tidak cekap sehingga berlaku ketirisan yang besar dan terpaksa berhutang. Ketirisan atau wang hilang tanpa rekod ini adalah hasil amalan rasuah yang membudaya dalam kerajaan AMNOBN.

Apabila rakyat berjanji akan menyokong AMNOBN dengan syarat AMNOBN mestilah terlebih dahulu menghapuskan amalan dan budaya rasuah, tiada pemimpin AMNOBN yang bersetuju dan sanggup kerana mereka menganggap itu adalah hak dan keistimewaan mereka. Mereka tidak sanggup kerana itu adalah sumber kewangan dan kekayaan mereka. Mereka berdolak dalih bahawa mereka adalah pemimpin yang cekap membangun dan memajukan Negara. Rakyat pula amat sedar bahawa  pemimpin AMNOBN juga adalah berkemahiran tinggi mengamal rasuah dalam projek-projek pembangunan sehingga menjadi kaya raya dan tidak menghiraukan kesempitan hidup mereka.

Sehubungan itu bagi rakyat majority, AMNOBN  adalah kerajaan yang memang bijak membangun Negara dan amat bijak menipu rakyat dengan mengamal rasuah dalam semua projek pembangunan. Apabila telah ramai pemimpin dan bijak pandai yang anti rasuah  mendokong Pakatan Rakyat,  mereka juga menyokong dan sanggup memberi amanah mentadbir Negara kepada pembangkang kerana AMNOBN telah pecah amanah dan menyeleweng. Amalan dan budaya rasuah yang tidak mahu dibasmi oleh AMNOBN akan memusnahkan Negara ini dan itu adalah sebab utama mengapa semestinya mereka dijatuhkan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat yang mengutamakan rakyat, amanah dan berkebajikan.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muar 4.5.2013

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Ajaran Hidup
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere